JULAI 2024

Premier Sarawak Dikurniakan Darjah Setia Negara Brunei Darussalam


KUCHING, 15 Julai 2024 - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg adalah antara para penerima darjah kebesaran negara Brunei Darussalam pada pagi Isnin sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan dan Yang Di Pertua Negara Brunei Darussalam Yang Ke-78.

Datuk Patinggi Abang Haji Zohari telah dianugerahkan  Bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama P.S.N.B yang membawa gelaran Dato Seri Setia yang dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 

Istiadat Pengurniaan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam telah diadakan di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan.